Seorang suami yang memeluk
isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya
lima tahun.
Pakar motivasi Dato’
Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai
hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang
umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh
menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin
yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang
Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya
ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan
Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif
Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang
di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis
bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan
keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik
dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri
juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di
Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap
kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan
isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,”
katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks
dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda
dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan
seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,”
kata Fadzilah.
Sumber : feryco.com
No comments:
Post a Comment