nuffnang

Thursday, March 11, 2021

Pengalaman menghapuskan kenderaan di JPJ

Aku ade kereta ni dah jual untuk dijadikan scrap. Tetiba aku rasa macam tak betul je procedure jual ni. Rasa macam insecure je sebab lately ade issue kat berita pasal clone car. Risau plak, buatnya org kedai tu pakai number plate dan road tax aku ni kat kereta lain lepas tu lenjan bawak laju2.. tak pasal je kena saman.. paling teruk kalau dia org bawak gi merompak.. seram weh.. so aku pun buat la skit research apa yg nak kena buat..

Since talipon JPJ tak berangkat, so aku decide pergi je terjah JPJ untuk buat penghapusan kenderaan. Dengan berbekalkan borang yg aku download dari link JPJ kat bawah ni.


Tapi jangkaan aku meleset.. baru je sampai counter amik nombor dah kena balik sebab org JPJ tu kata kena ade geran dan gambar kereta depan, belakang, kiri dan kanan bersama gambar number chassis. Since aku tak bawak so balik je la..

Hari kedua, dgn berbekalkan gambar kereta dan salinan geran aku pun pergilah JPJ.. kali ni dpt number weh.. kira document lengkap la kan.. so bila sampai je nombor aku, orang kat counter tu suruh aku jumpa pegawai dia yg kat dalam. Sekali pegawai tu check dia kata dia nak geran original la plak.. lepas tu road tax kena hapuskan dulu.. nak hapus road tax kena bawak road tax asal.. lepas tu loan kena setel dulu... hahaha terkono lagi.. so tak berjaya la aku nak hapuskan kenderaan aku ni..

Itulah dia kalau buat kerja main terjah... benda ni boleh dielak jika talipon kat JPJ tu ade org angkat.. lepas tu maklumat kat website JPJ tu lengkap dan upto date. So berbekalkan pengalaman ni aku nak kongsi la skit kat korang yg nak hapuskan kenderaan. Sila bawak document dibawah kalau nak hapuskan kenderaan. Harap dapat membantu:

1. Geran Original
2. Gambar kereta depan belakang kiri kanan. (print kat kertas A4 pun boleh)
3. Salinan IC owner
4. Gambar number chasis 
5. Road tax telah dihapuskan
6. Loan dah abis
7. Borang yg ade kat dalam website JPJ tu.

Kes aku ni akan disambung lepas loan kereta tu abis. ade dalam 3k gak. So apa yg aku boleh buat sekarang hanyalah untuk hapuskan roadtax je.. rasa straight forward je hapuskan roadtax ni.. bawak original road tax yg tampal kat kereta tu then isi borang..