nuffnang

Sunday, October 22, 2017

Arnabun arnab


Pengalaman menjaga arnab.. ni kali ketiga katerina beranak mintak2 kali ni jadi. 2 kali dia beranak time hujan abis semua anak dia lemas sebab kat tempat tinggal arnab ni banjir seriap kali hujan lebat. Kali ni alhamdulillah masih lagi belum hujan dan harap2 sampai arnab ni besar.. amin..

So kebetulan lepas balik dari kampung tetiba nampak ade sekor anak arnab atas tanah.. so suspek dia baru je beranak.. tapi mana lagi.. takkan sekor je dia beranak kali ni..? Rupanya ade lobang dia dah buat siap2 bawah sangkar dia.. so first aku pun selamatkan la anak arnab ni letak dalam kotak. Then potong daun pisang nak bagi arnab makan.. sekali benda pelik berlaku.. dia tak makan daun pisang tu.. tapi dia gigit-gigit dan gonggong daun pisang tu.. dia racik2 dan bila dah penuh mulut dia bawak masuk dalam lobang tadi. Hmm, dia ni nak buat sarang kot.. so aku pun cabut rumput yg ade kat belakang rumah ni banyak2 then kasi kat arnab tu.. dan dia pun gigit rumput tu sampai penuh mulut dan bawak masuk dalam lobang.. bila dah cukup.. aku nampak dia kambus balik lubang tadi tu..

Oh apa jadi ngan anak arnab yg sekor tu? Kitaorg simpan dalam kotak le..




Day 1




Day 2.. kitaorg amik katerina paksa dia susukan anak dia yg sorang ni hehe




Day 3




Day 4




Day 5 dah ade bulu.. 😍





Wednesday, January 11, 2017

Top 3 Kodi addon yg saya guna

Kepada siapa-siapa kat luar tu yg menggunakan KODI, nak share skit apa yg aku guna...



1) Phoenix - boleh amik dari addon installer




2) Exodus - boleh amik kat addon installer gak



3) KODIM - kena install dari repo malaysia repo.ares-project.com - atau pun boleh tgk kat post sebelum ni http://dosh-devilla.blogspot.my/2016/04/kodi-stream-cerita-melayu.html



p/s: Cara2 nak install addon installer https://www.tvaddons.ag/addon-installer-kodi/


so far ketiga2 repo ni mmg tak mengecewakan..

Cerita selepas LASIK

Last weekend teman my wife untuk buat lasik kat Klinik Prof. Muhayya kat kajang. Procedure dia agak sekejap je tapi nak menunggu tu yg lama.. disebabkan kitaorg sampai lambat sikit so my wife dapat number 6. So agak lama la menunggu, tapi procedure tu 15 min je dah siap sungguh pantas dan cekap Prof ni.

Yang nak cerita kat sini adalah selepas itu.. apakah yg terjadi selepas LASIK ni.. mmg agak kesian bila tgk wife.. dari kajang sampai ke rumah dia takleh bukak mata.. pedih sangat kot dan hari esoknya aje dia baru boleh bukak mata itu pun sikit je dia bukak.. bila tanya dia takleh bukak mata sebab banyak sangat air mata dan rasa macam ade benda kat mata.. dia cakap tak sakit cuma tak selesa aje.. pada aku yg tengok ni aku rasa macam sakit gila je dia ni.. mungkin dia taknak aku rasa susah hati kot sebab tu dia cakap dia tak sakit.. maklumlah ubat bius tu tahan 2 jam aje..

Dalam masa ni aku lah yg buat semua2 kat rumah tu.. nasib baik dah biasa.. so pada aku mmg takde masaalah nak buat semua kerja rumah tu. Siap makan bersuap lah.. :)

So nak bagi senang baca aku buat ikut point apa yg bakal korang tempuhi selepas LASIK ni:

Hari 1) Mata tak boleh bukak dan berair.
Hari 2) Mata boleh bukak sikit tapi still berair, dalam rumah pun pakai sunglass.
Hari 3) Demam la plak.. tapi dia cakap maybe jangkit dari anak
Hari 4) Dah boleh bukak mata tapi nak keluar rumah still guna sunglass, mata agak sedikit gatal.
Hari 5) aku plak demam sebab jaga dia ni.. keh3

So bagi korang yg berplan nak buat ni pastikan la korang ade teman yg boleh tolong dalam masa 3-4 hari ni.. kalau tak mmg agak susah la.. so dari hari pertama korang kena depend kat teman korang tu sampai la korang dapat balik mata tu. Tapi ade gak satu blog yg aku baca dia buat sendiri2 sewa hotel dekat ngan tempat mata tu dan dah sediakan makanan siap2 dalam bilik. so boleh gak kot..

Tuesday, May 31, 2016

Electrolux washer 10kg inverter EWF14012 review


Assalam dan salam sejahtera,

Review 10sen dari saya pasal washer front loader dan terasa sungguh tertipu dengan label 10kg ni.. Untuk makluman, pada awalnya saya mencari mesin basuh yg boleh memuatkan semua pakaian saya dalam satu masa... Maksudnya nak masukkan banyak2 sekali dan malas nak basuh banyak kali.. Setelah membuat sedikit research so saya pun bercadang untuk membeli at least 10kg washer.. Malas punya pasal kan...

Berbekalkan kad kredit dan azam untuk washer 10kg saya pun pergilah homedec di klcc untuk usha washer idaman saya tu. Cari dan terus mencari saya pun tertarik untuk membeli washer dari electrolux ni. Banyak gak la soalan dah ditanya dan salah satunya ialah "boleh ke washer ni basuh baju banyak?" Dan jawapan yg sungguh menggembirakan dan meyakinkan "ini 10kg maa.. Mesti lah boleh masuk semua"... So sebab dah puas hati dgn penjelasan dan free gift yg diberi, saya pun menggunakan kuasa kad kredit saya untuk membeli washer tersebut.. Dan pulang ke rumah dengan hati yang riang gembira...






Ni lah washer tersebut.. Hebat kan?

Bila washer tu dah sampai kat rumah dan di pasang.. Saya pun dengan tak sabarnya memasukkan semua pakaian saya yang hampir seminggu tak basuh.. Penuh satu bakul bak hang.. Maka dah macam tahu sumbat la mesin tersebut penuh tak ingat.. Tit tut tit tut.. Mesin pun pusing... Ok time untuk pegi makan..



Saya pun pegilah makan kat kedai siam.. Lepak punya lepak ade lah 2 jam kut.. Dalam hati oh mestilah baju aku tadi dah siap basuh kan.. Tak sabar pulak nak test dryer yg aku baru beli gak bersama2 washer tersebut.. Trus bayar makanan then start kereta dan trus balik... Tetapi sangatlah terkejut apabila mesin basuh tersebut masih lagi berpusing.. Pergh lama betul basuh.. Tapi takpelah sebab seminggu punya baju kan apa lah sangat tunggu dua tiga jam.. So aku pun pegilah tgk tv plak.. Tgk cerita deadpool.. Abis je tgk cerita tu aku pun turun la dgn harapan dah siap basuh.. Sekali tu, tak siap lagi.. Adeh dah dekat 4 jam kot membasuh apa cer ni? Rosak ke meain ni membasuh tanpa henti... Tgk kat screen tu baru perasan ade time dia daa.. Sekali dia tulis 30 so bermakna lagi 30 minit la ye tak? Oklah takpe tunggu lagi 30 minit then baru siap baju aku dibasuh.. So total menunggu adalah 4jam 30min.. Lama tak lama bak hang..

So, setelah menunggu punyalah lama pembasuhan tersebut aku pun termenung kejap.. Apa yg berlaku sebenarnya.. Iyelah kan 4 jam lebih tu tunggu gila lama.. So aku pun belek la washer tu.. Tekan sana tekan sini cucuk sana cucuk sini.. So aku baru faham..

Memanglah dia boleh muat 10kg tapi option ni mengambil masa selama 4jam 30min... Dia ade option lain yg lebih cepat Tetapi hanya boleh memuatkan sedikit saja pakaian.. Contoh seperti dibawah:

Cottons : 10kg @ 4jam10min
Mixed : 4kg @ 2jam35min
Baby : 4kg @ 1jam30min
Quick : 1.5kg @ 18min
Wool : 2kg @ 1jam10min
Delicates: 4kg @ 1jam30min



Jadi kiranya option 10kg ni pada aku adalah option membuang masa sahaja.. Lagi bagus guna option lain yg lebih cepat.. Tapi problem nya option yg cepat ni tak boleh masuk 10kg, takleh masuk banyak2.. So apa guna sebenarnya beli mesin basuh 10kg tapi tak boleh masuk semua kan?

Lepas berfikir2 rasa menyesal plak pilih 10kg ni.. Sebab sales person tu takde bgtau pun option 10kg ni akan mengambil masa selama 4jam untuk siap.. Kalau dia bgtau aku dulu mmg tak amik la washer ni.. Baik lah aku beli yg 7kg je.. Tapi nak buat camne kan beras dah jadi bubur, goreng sambal ikan bilis campur kicap memang terbaik.. Nasihat yg nak disampaikan disini kepada abang2 dan kakak2 dan adik2 yg tengah mencari mesin basuh tu, tak payah lah cari yg 10kg ni.. Beli yg paling minimum pun dah ok dah.. tak pun masa nak beli tu boleh tanya kat sales person tu pasal timing ni.. Kalau ade yg 10kg washer yg boleh basuh dalam 30 minit nanti bgtau saya.. Lagi 10 tahun boleh beli lagi...

Impian lepas ni nak beli mesin basuh yg macam dekat kedai dobi 24jam tu.. 14kg untuk 25min je... Sekian..



Saturday, April 30, 2016

KRU - Girlfriends Girlfriend

In my mind can't get it right
Ever since we met that night
Never been the one who'd fool around
Guess its physical alright
I can't hide what I'm feeling inside
Girl, I bet cha feel the same way too
Infidelity, baby you and me
And what you see now is what you'll get
Stolen moments on the run
All I want is some fun
Stick around don't tell your friends
Though my hommies would understand
Cause you are just so fly
I can't get cha out of my mind
I go crazy, crazy
Crazy bout my girlfriend's girlfriend
(Stick around until da morning)
And I think she wants me too
I go crazy, crazy
Crazy bout my girlfriend's girlfriend
(Stick around until da morning)
But I don't want to hurt my baby
We both know this kust won't last
[ Girlfriends Girlfriend lyrics found on http://lyrics.my ]
This ain't love I must confess
The only one I love
Is still my baby
But if you have some time to spend
Woman call me, I'm your man
Lets freak if you know what I mean
Infidelity, lady you and me
Though it's so wrong but it feels so right
The attraction is so strong
I can feel it all night along
I don't wanna hurt nobody
But I can't help wanting you baby
Cause you are so fly
I can't get cha out of my mind
I go crazy, crazy
Crazy bout my girlfriend's girlfriend
(Stick around until da morning)
And I think she wants me too
I go crazy, crazy
Crazy bout my girlfriend's girlfriend
(Stick around until da morning)
But I don't want to hurt my baby

Thursday, April 21, 2016

Kodi stream cerita melayu

haaa.. bila korang dah beli android tu dan dah bosan dengan cerita2 mat saleh boleh lah cuba add repo lain plak... salah satunya adalah repo dari malaysia.. tabik spring kat abang2 dan kakak2 yg hosting cerita2 kat tu.. korang mmg terbaik. Daripada segala drama kepada segala movie dari malaysia ade kat repo ni.. so caranya adalah seperti dibawah:



click system>file manager


click add source


masukkan URL seperti dibawah
,

pergi ke system>settings

click add-ons




click install from zip file


click ares project



click repository aresproject
  







       




click video add-ons





,click citer kita dan install click layan on9 dan install






lepas dah install akan keluar camni kat video tab








kalau tak faham boleh layari youotube link dibawah... thanks to azlin for sharing..


https://www.youtube.com/watch?v=NOjX6JbAY-A