nuffnang

Thursday, July 5, 2012

Dropbox - cara untuk menyimpan gambar dari handphone pintar anda

Sebenarnya aku agak ketinggalan dgn teknology terkini, tapi sejak dah guna one x serba sedikit aku dapat catch up. Yang terbaru adalah penggunan dropbox (http://db.tt/fMrzJUmF).





Untuk menggunakan dropbox ni korang kenalah register dulu kat dropbox.com ataupun boleh jadi referral aku dgn menggunakan (http://db.tt/fMrzJUmF) link nih.. setiap referal aku akan dapat 500MB free storage dan max yg aku bley dapat dari program referral nih hanya sampai 16Gb aje iaitu bersamaan 8org je. so kawan2 yg baca blog aku nih mintak tolong jadi refferal aku ye.. :) thanks

Cerita skit pasal dropbox. bila siap je korang register korang akan dapat 2.5GB free online storage. Ini bermakna korang boleh gunakan setoran online nih untuk menyimpan file, document, gambar, video dan apapun yg penting. Tapi maaf, dropbox takleh menyimpan makanan lebihan kenduri kawin ataupun aiskrim paddlepop ataupun yg seangkatan dengannya. Kalau dah kata online tentulah hanya barang maya bukan maya karin ye. Setiap gambar dan video akan diencript dan tidak boleh dicuri oleh org lain. Alah korang punya document pun bukanlah rahsia kerajaan pun.. hehe


Mesti korang pelik kenapa penting sangat nk simpan kat online kan? pernah tak pc/hp korang dihinggapi virus dan memerlukan reformat. Ataupun, hp/pc anda dicuri ataupun hilang.. semua akan menyebabkan data dalam tu hangus dan takleh nak didapatkan kembalinya adui pun.. jadi dengan adenya dropbox nih korang tak perlu risau dan boleh menyimpan maklumat yg penting2 kat dalam nih dan boleh restore balik dengan sekelip mata.. banyak kali kena kelip mata gak.. aku tipu tang sekelip mata

Yang lagi best, dropbox nih korang boley download di handphone korang. Kalau korang ade hp android/iphone silalah ke google play dan install ia sekarang. Lepas dah install korang boleh login dan semua gambar dalam hp korang boleh disync ke dalam dropbox dan pc yg korang install dropbox client. semua dilakukan secara automatik dan setiap gambar yg diambil akan disync terus ke dropbox. Autosync boleh di matikan di dalam setting dropbox.

    


So lepas nih korang dah tak perlukan cable ntuk sync kan semua gambar dalam handphone korang.. semua akan di simpan menggunakan wifi/dataplan korang. Jadi gambar2 yg sangat penting takkan hilang walaupun hp korang rosak ataupun dicuri..

So far semua gambar aku dalam hp nih dah di sync ke dalam dropbox. Plan nak sync kan gambar dalam PC gak tapi storage aku masih tak cukup... so kawan2 yg terbaca blog nih silalah registerkan dropbox menggunakan link (http://db.tt/fMrzJUmF) ye.. selamat berdropbox...

5 comments: