nuffnang

Wednesday, January 11, 2017

Cerita selepas LASIK

Last weekend teman my wife untuk buat lasik kat Klinik Prof. Muhayya kat kajang. Procedure dia agak sekejap je tapi nak menunggu tu yg lama.. disebabkan kitaorg sampai lambat sikit so my wife dapat number 6. So agak lama la menunggu, tapi procedure tu 15 min je dah siap sungguh pantas dan cekap Prof ni.

Yang nak cerita kat sini adalah selepas itu.. apakah yg terjadi selepas LASIK ni.. mmg agak kesian bila tgk wife.. dari kajang sampai ke rumah dia takleh bukak mata.. pedih sangat kot dan hari esoknya aje dia baru boleh bukak mata itu pun sikit je dia bukak.. bila tanya dia takleh bukak mata sebab banyak sangat air mata dan rasa macam ade benda kat mata.. dia cakap tak sakit cuma tak selesa aje.. pada aku yg tengok ni aku rasa macam sakit gila je dia ni.. mungkin dia taknak aku rasa susah hati kot sebab tu dia cakap dia tak sakit.. maklumlah ubat bius tu tahan 2 jam aje..

Dalam masa ni aku lah yg buat semua2 kat rumah tu.. nasib baik dah biasa.. so pada aku mmg takde masaalah nak buat semua kerja rumah tu. Siap makan bersuap lah.. :)

So nak bagi senang baca aku buat ikut point apa yg bakal korang tempuhi selepas LASIK ni:

Hari 1) Mata tak boleh bukak dan berair.
Hari 2) Mata boleh bukak sikit tapi still berair, dalam rumah pun pakai sunglass.
Hari 3) Demam la plak.. tapi dia cakap maybe jangkit dari anak
Hari 4) Dah boleh bukak mata tapi nak keluar rumah still guna sunglass, mata agak sedikit gatal.
Hari 5) aku plak demam sebab jaga dia ni.. keh3

So bagi korang yg berplan nak buat ni pastikan la korang ade teman yg boleh tolong dalam masa 3-4 hari ni.. kalau tak mmg agak susah la.. so dari hari pertama korang kena depend kat teman korang tu sampai la korang dapat balik mata tu. Tapi ade gak satu blog yg aku baca dia buat sendiri2 sewa hotel dekat ngan tempat mata tu dan dah sediakan makanan siap2 dalam bilik. so boleh gak kot..

No comments:

Post a Comment