nuffnang

Friday, January 25, 2013

Lebam di Peha

Mungkin ramai yg anggap lebam di peha selepas bangun dari tido adalah
perkara normal...mengikut ilmu perubatan...ia adalah masalah
pengaliran darah...mengikut kata org2 tua...kena gigit hantu...kali ni
aku nak huraikan dari sudut agama pulak...so get ready dan bersedia
utk buka minda...xrugi pun klu luangkan masa nak baca kejap...

Macam biasa lah..aku dengar ceramah dari seorang ustaz yg menyentuh
soal ini...ditujukan terutamanya bagi perempuan yg selalu mengalami
lebam di peha ketika bangun tido...ustaz ni dah bagi petua utk
mengelakkannya...sekali dengan punca yg menyebabkan ia berlaku...

Pertama sekali, ia buleh berlaku apabila pempuan mandi ketika
senja..diwaktu syaitan dan jin berkeliaran dan pempuan itu mandi dalam
keadaan tanpa mengenakan sebarang kain basahan...berkemungkinan
pempuan yg mandi senja ni...antara pukul 6.30-7.30 dan mandi selamba
rock tanpa kain basahan...akan mengalami masalah lebam peha...kerana
jin suke pada pempuan ni...itu pasal time tido jin tu gigit pempuan
ni...perlu igt bahawa jin2 ni pun suke pada manusia..jgn ingat manusia
je ada nafsu pada pempuan...jin pun ada...so time mandi dia mengendap
dan time tido dia gigit...

Yg keduanya...pempuan yg sebelum tido makan dan pegi tido tanpa basuh
tangan dan mulut...yg jenis mcm ni pun ada potensi utk mendapat lebam
kat peha...oleh itu...elakkan makan kat tempat tido...dan elakkan dari
tidak mencuci mulut dan tangan sebelum tido...jin akan gigit pempuan
ni ketika tido...

Bukan xde lelaki yg lebam peha tapi jumlahnya xbanyak berbanding
dengan pempuan...kerana ia berpunca dari jin yg suke kat pempuan tu
dan pempuan tu sendiri yg xmenjaga kebersihan diri...

Bagi org moden...maybe sukar nak percaya jin2 ni...almaklumlah zaman
moden...kat sekolah pun xdiajar...itu pasal susah sket nak terima
hakikat perkara ni ada kaitan dengan unsur2 ghaib...lebih senang
anggap ianya masalah peredaran darah je...

Oleh itu bagi sape2 yg selalu lebam kat peha...igt..jgn mandi ketika
senja...lepas senja xpe nak mandi pun..dan klu nak mandi tu..sila
pakai kain basahan...sebelum tido cuci mulut dan cuci tangan...bacalah
ape yg patut..mudah2an xde lagi lebam kat peha dan kena tindih...

Sebab kepada kejadian ini adalah suka tidur selepas Asar, suka mandi
malam dan mandi dalam keadaan naked. Jin tersebut dikatakan berkenan
pada orang yang terkena lebam ni. Dia akan menghalangnya dari bertemu
jodoh dan kalau orang itu telah berkahwin, dia akan cuba memecah
belahkan perkahwinan tersebut.

Untuk mereka yang selalu mengalaminya, ikhtiar untuk menghindarkan
kejadian ni dari terus berlaku adalah mandi air perahan limau nipis
selama seminggu. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau badan kerana
dipercayai jin mengenali manusia melalui bau badan.

P/s: Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment