nuffnang

Thursday, August 16, 2012

Malam lailatul kadar

Pagi ni aku dikejutkan oleh panggilan dari rumah mak. Tapi tak sempat nak angkat plak.. hati dah runsing dan risau, ada emergency apa yg call sampai kul 3 pagi. Tak lama lepas tu phone wife pulak bunyi, sok,sek,sok,sek... Rupanya mak suruh kami bangun buat solat hajat. Katanya malam ni malam lailatul kadar. Trus je kitaorg tgk pokok kat luar tu... Hmmm, aku tak nampak plak tanda2 lailatulkadar.. tapi puan nor azilah kata tadi dia nampak macam pokok tu tgh sujud..


Takpelah, aku pun bangun untuk menunaikan solat taubat dan solat hajat. Kalau betul lah malam ni lailatulkadar alhamdulillah, kalau bukan pun aku xrugi.. sebab pada aku allah menerima taubat hambanya bila2 masa. Allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani.


Kali terakhir aku dgr ceramah pasal lailatul kadar ni masa kat sekolah menengah. Tak silap, tanda2 untuk malam tu adalah pokok seakan sujud dan air terasa seperti ais. Pernah sekali dalam bulan ramadhan kat asrama aku ternampak pokok sujud. So malam tu aku pun buatlah solat tahajjud. alhamdulillah lepas je hujan reda pagi tu mmg sungguh indah sekali. Mmg confirmlah malam td lailatulkadar. Petang tu, masa nak balik asrama dr kelas pokok yg aku nampak malam tu still tengah sujud lagi.. Rupanya pokok tu tumbang daa... Nih semua sebab ribut malam tu kot.... hehe...



Apa sebenarnya yg Allah janjikan untuk malam ni? Mengikut ustaz sekolah aku dulu, malam lailatulkadar ni amalan akan dilipat gandakan dan segala permintaan akan dikabulkan. Jadi, marilah kita bersama2 beribadah di bulan yg mulia ini.

Friday, August 10, 2012

Komputer yang paling best dah sampai kat malaysia!

Mesti korang tertanya-tanya kan? apakah komputer yg paling best tu... mungkin pada korang tak best, tapi pada aku, inilah komputer yg aku idamkan selama ini.. aku dah tunggu selama 4 tahun untuk benda nih launch. Dan akhirnya, samsung berjaya membawanya ke reality, cuma yg tak bestnya adalah boleh koyak rabak poket weh.. mahal gilleeerrrrr...

Komputer yang aku maksudkan adalah Samsung SUR40 with Microsoft PixelSense. Haaaaaa... mmg korang tak tau punya apa jenis komputer nih dan Microsoft PixelSense.. slalu dengar microsoft windows xp, windows 7 ataupun windows vista.. kali nih adalah pixelsense... apo ko bondo tu jang? ini adalah komputer yang macam meja tu... alah.. aku ade update dalam post aku yg lama2. huh! tak tau gak? microsoft surface? korang tau? haaa.. nih lah dia microsoft surface untuk samsung SUR40.

Amacam? macam best je kan tv yg bley jadi meja nih kan? so kepada korang2 yg ade duit terlebih2 dan tak tau nak buat apa tu bolehlah beli meja komputer nih.. harga mmg rabak lah.. RM 41,999 ade bran? tv/computer nih pada aku mmg paling best, kalau harganya setakat RM10k maybe aku bley consider untuk beli benda nih...

Kat bawah nih adalah spec dia:
- Integrated computing platform that combines a 40-inch Full HD (1920x1080) LED backlit LCD panel that is protected by a Gorilla Glass together with PC hardware and Microsoft PixelSense technology.
- The Samsung SUR40 is also equipped with Gigabit, Wi-Fi and Bluetooth connectivity as well as HDMI, audio and optical output.

Cer layan youtube kat bawah nih dulu barulah terasa bahangnya:


WCG here I come

Yey, t-shirt free lagi... last sekali aku gi games tournament nih adalah pada 2008 (WGT kat mid valley). Datang untuk amik t-shirt je.. hihi.. sebenarnya aku datang untuk main game tu, yelah kan, manalah tau dapat hadiah pertama rm10k.. siapa mau kasi.. tapi yg tak bestnya aku kena tunggu lama gila untuk main, dari kul 10pagi aku datang sampailah ke petang nama aku tak dipanggil lagi.. fedup trus balik rumah. wakakaka..

Kali nih plak WCG Asia tournament. banyak gak le game yg dia offer (World of Tanks, FIFA12, StarCraft II: Wings of Liberty, Tekken 6, Counter-Strike™ Online dan dota2) Tarikh untuk tag redemption adalah pada 7 September 2012 (Friday), 9.30am. Game yang aku akan main ialah TAKKEN 6 yo!.. lama dah tak main game nih... dah dekat setahun.. Mmg dah lemau lah kan, skill pun banyak yg dah lupa. eh.. ade skill ke masa main tu? slalu aku hentam je.. wakakakaka...


Hope kali nih dapat t-shirt lagi.. kalau dapat bley lah tunjuk kat kawan2.. hahahahhaha..


Kepada gamers kat luar sana tu, silalah register dan MC pada hari itu.. kalau menang nih mmg berbaloi, tak silap aku pemenang akan dapat mewakili malaysia untuk WCG world tournament.. walaweh.. kalau lah dapat nih mmg power gila lah kan.. so korang bleylah register kat link nih http://my.wcg.com/register

Monday, July 30, 2012

Google writes

Yeah kawan-kawan, google sekarang dah lebih advance. Kalau dulu google hanya boleh search dgn type/voice sekarang kita boleh tulis kat situ.. kepada sesiapa pengguna handphone canggih manggih bolehlah cuba benda alah nih.. mmg sangat best.. kat bawah nih steps untuk setting dia yg aku curik dari lowyat.net:



Dan beginilah hasilnya.. sungguh mudah dan menyelerakan..


Sunday, July 29, 2012

Blackout on 21 Dec 2012 - be prepared

Baru je dapat email from friend about this news and the advice is "Don't panic and be prepared". This is maybe a myth tapi bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan. Jadi apa salahnya kalau kita beringat.

Pada pemahaman aku yang tak berapa nak faham ni, artikel ni menyebut tentang "allignment of universe", macam nama movie plak kan? Masa aku cerita kat wife aku dia pun tanya, nama movie baru download ke? Hahah.. apakah...



Allignment of universe ni akan terjadi tak silap aku bila semua planet berada di dalam satu garisan yg sama. Hmm.. macammana agaknya kan? Korang tau tak planet2 kat universe kita ni mempunyai saiz dan kelajuan yang berbeza...  Jadi setiap planet mempunyai hari2 mengelilingi matahari yang berlainan. Jadi fenomena untuk semua planet berada pada satu garisan yang sama cuma akan berlaku selepas beberapa juta tahun sekali. Salah satu darinya akan berlaku pada tahun 2012. Ye tuan2 dan puan2, tahun ini ada pendapat mengatakan bumi akan berada selari dengan planet2 lain.



Apa yang akan terjadi sebenarnya? Kepada jurusan sastera ataupun budak sains yg slalu ponteng kelas ataupun tido dalam kelas mungkin takkan tau sangat pasal ni. Tetapi, kepada anda yang pernah membaca komik "Dewata Raya" di dalam kelas masa cikgu tgh mengajar mungkin akan mengetahui semua ini. Aku lah salah seorg pelajar yg membaca komik tersebut di dalam kelas dan amat kagum dengan apa yang bakal terjadi. Tapi itu semua dalam komik je jadi korang takyah percaya sangat... Yang aku nk story sekarang ni ialah jika benda ni jadi apakah langkah2 yang perlu kita lakukan..



Jika fenomena ini betul2 terjadi seluruh dunia akan bergemerlapan (blackout) dalam masa 3hari. Ye kawan2 3hari adalah masa yang agak panjang untuk blackout. Cuba bayangkan 3 hari takde lektrik? Bukan blackout yang biasa TNB buat tu ye.. nih blackout untuk seluruh dunia. Bermakna semua teknology yang menggunakan elektrik akan mengalami breakdown untuk 3hari. Tarikh yang dijangka adalah pada 21-23/dec/2012 dunia akan menjadi gelap gelita.



Apa yang penting pada masa ni adalah jangan panik. Mengikut pakar dari NASA ini bukanlah kejadian kiamat dan bumi akan kembali seperti sediakala pada hari ke-empat. Apa yang perlu kita lakukan adalah bersedia dengan stock makanan, jangan panik dan jangan keluar rumah. Duduk je kat rumah diam2 dan banyakkan solat.



Ada jugak pendapat yang mengatakan bahawa perkara ini tak akan terjadi dan planet tidak berada di bawah paksi yang sama. Jadi kawan-kawan, banyakkan beramal dan anggaplah kejadian ini sebagai rahmat dari tuhan. Wallahualam....


Monday, July 23, 2012

Death Trigger free!

"“The world has collapsed.
In 2012 modern civilization is coming to an end. Global economics have been disrupted, money has lost its value. People have risen against the ignorant politicians who were just lining their pockets – and they didn't spare any of them.
However, those who really ruled the world were prepared - and escaped. Suddenly billions of people died from a strange virus, while others turned into butcherly beasts with just one thought:
TO KILL!"
Itulah dio sinopsis game yang bertajuk Death trigger nih. Buat masa sekarang game nih tgh free kat google play.. so, kepada pengguna android semua sila download ye jangan segan-segan....



Sangat2 seronok bila dapat game free kat google play. Kali nih dapat download Death Trigger.. game first person shooter yang akan memeningkan kepala aku.. boleh muntah kedarah kalau main nih lama2.. tadi baru je try 2 mission dah pening semacam je, ayok.. kalau muntah nih nanti bley batal posa.. hehehehehe....

Sangat menghampakan sebab, game play yg tak berapa best, nasib baik free je. Mission dia hanyalah untuk tembak zombie aje dan tak mencabar langsung. mungkin mission awal2 tak susah sangat kot atau mungkin setting untuk easy je kot.. huh! aku kena check balik nih.. tak best lah kalau game tu tak mencabar.. Tapi pada aku Shadowgun lagi best :)

Graphic yang tak menghampakan, mmg sangat cantik bila bermain kat HTC one x nih. siap ade tompok2 air kat screen kalau ade air terpercik dan graphic yang lebih detail. Korang bley comparekan dari video yg aku amik kat youtube nih...





Apapun keadaannya.. aku akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan game nih.. hata muntah darah sekalipun.. wakakakakakakakaka....

Saturday, July 14, 2012

Khasiat pelukan suami isteri..

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. “Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. “Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. Sumber : feryco.com