nuffnang

Thursday, July 12, 2012

Samsung galaxy s3 meletup

Aku baru je terbaca pasal s3 yg meletup kt fb. Jumpa satu blog yg menafikan s3 defect dan mengatakan punca s3 tu meletup adalah sebab user tu sendiri. S3 tu sebenarnya masuk air dan user tu keringkannya menggunakan microwave.. apa ke bijak.. aku tak menyangkal kebodohan itu, yang aku pelik adalah kenapa s3 tu meletup semasa charge dan bukan semasa dalam microwave?


Kepada pengguna s3 yang kaya dan anda tidak tahu nak guna duit macammana dan boleh membeli hp sesuka hati, anda bolehlah membuat experiment seperti berikut:

1. Rendam s3 dalam air selama 10min
2. Masukkan s3 ke dalam microwave selama 1min
3. Charge s3 anda


Jika s3 anda itu meletup semasa charge, jadi experiment anda berjaya. Hasilnya adalah seperti di bawah. Selamat mencuba...




Wednesday, July 11, 2012

Tahniah aqeef!

Tahniah sebab dpt mengalahkan aariz.. fyi, aariz jalan umur 1tahun.. tapi awak baru 11bulan dh jalan.. bagus2.. daddy doakan semoga anak2 daddy ni cemerlang dalam semua benda.. amin...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 6, 2012

Otterbox defender

Yeah akhirnya.. sampai gak barang yg ditunggu, casing otterbox defender untuk htc one x yang kononnya tahan impact. Maksudnya kalau jatuh sekalipun mmg takde hal punya. Aku beli nih untuk protection je, mmg lah htc one x nih menggunakan Gorilla Glass, tapi kalau jatuh sure berderai punya. Jadi taknak amik risiko, terkorban lah RM195 untuk casing nih... mahal hokey.. 

Nilah rupa Otterbox Defender Black tuu:




Otterbox defender series nih dicipta untuk org yg gemar adventure. So kalau jatuh dari atas bukit pun takde hal. Tapi aku belum test lagi la kan.. nih semua daripada website dia la gila ke nak test saje2 jatuhkan dari atas bukit. Casing nih mempunyai 3 layer protection dan menyelamatkan talipon daripada hentakan, habuk dan juga calar. Aku pernah dgr member wife aku jatuh samsung note dari paras pinggang. Berderai screen dia kau... gi center RM700 kena charge untuk tukar screen. Aku percaya lepas dari kejadian tu sure dah tak best nak guna handphone tu.. Jadi apa salahnya kalau aku spend skit ye tak?

 

Jadi sekarang aku dah rasa secure kalau guna phone aku nih.. kalau aariz atau aqeef nak main pun dah tak rasa risau. hope casing dan phone nih bley tahan lama.. :)

Untuk pengetahuan korang, Otterbox juga ade mengeluarkan product untuk apple dan kebanyakan android phone. korang bley layari http://www.otterbox.com  untuk maklumat lanjut.. harap maklum

Thursday, July 5, 2012

Dropbox - cara untuk menyimpan gambar dari handphone pintar anda

Sebenarnya aku agak ketinggalan dgn teknology terkini, tapi sejak dah guna one x serba sedikit aku dapat catch up. Yang terbaru adalah penggunan dropbox (http://db.tt/fMrzJUmF).





Untuk menggunakan dropbox ni korang kenalah register dulu kat dropbox.com ataupun boleh jadi referral aku dgn menggunakan (http://db.tt/fMrzJUmF) link nih.. setiap referal aku akan dapat 500MB free storage dan max yg aku bley dapat dari program referral nih hanya sampai 16Gb aje iaitu bersamaan 8org je. so kawan2 yg baca blog aku nih mintak tolong jadi refferal aku ye.. :) thanks

Cerita skit pasal dropbox. bila siap je korang register korang akan dapat 2.5GB free online storage. Ini bermakna korang boleh gunakan setoran online nih untuk menyimpan file, document, gambar, video dan apapun yg penting. Tapi maaf, dropbox takleh menyimpan makanan lebihan kenduri kawin ataupun aiskrim paddlepop ataupun yg seangkatan dengannya. Kalau dah kata online tentulah hanya barang maya bukan maya karin ye. Setiap gambar dan video akan diencript dan tidak boleh dicuri oleh org lain. Alah korang punya document pun bukanlah rahsia kerajaan pun.. hehe


Mesti korang pelik kenapa penting sangat nk simpan kat online kan? pernah tak pc/hp korang dihinggapi virus dan memerlukan reformat. Ataupun, hp/pc anda dicuri ataupun hilang.. semua akan menyebabkan data dalam tu hangus dan takleh nak didapatkan kembalinya adui pun.. jadi dengan adenya dropbox nih korang tak perlu risau dan boleh menyimpan maklumat yg penting2 kat dalam nih dan boleh restore balik dengan sekelip mata.. banyak kali kena kelip mata gak.. aku tipu tang sekelip mata

Yang lagi best, dropbox nih korang boley download di handphone korang. Kalau korang ade hp android/iphone silalah ke google play dan install ia sekarang. Lepas dah install korang boleh login dan semua gambar dalam hp korang boleh disync ke dalam dropbox dan pc yg korang install dropbox client. semua dilakukan secara automatik dan setiap gambar yg diambil akan disync terus ke dropbox. Autosync boleh di matikan di dalam setting dropbox.

    


So lepas nih korang dah tak perlukan cable ntuk sync kan semua gambar dalam handphone korang.. semua akan di simpan menggunakan wifi/dataplan korang. Jadi gambar2 yg sangat penting takkan hilang walaupun hp korang rosak ataupun dicuri..

So far semua gambar aku dalam hp nih dah di sync ke dalam dropbox. Plan nak sync kan gambar dalam PC gak tapi storage aku masih tak cukup... so kawan2 yg terbaca blog nih silalah registerkan dropbox menggunakan link (http://db.tt/fMrzJUmF) ye.. selamat berdropbox...

Wednesday, July 4, 2012

Isteri cerdik yang solehah (khas untuk isteriku nor azilah)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 3, 2012

Bila aqeef menggeram...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 29, 2012

Berjumaat di Masjid Putrajaya

Slalu tu solat kat masjid besi putrajaya je, kali ni ubah angin plak mencuba masjid putrajaya yg warna merah tu plak. Agak mengkagumkan bila tgk ade masjid yg sungguh besar kat sini. Cantik dan selesa plak tu... Siap ade aircond lagi. Sempatlah aku snap sikit gambar untuk tatapan umum, kang amik lebih2 kang kena halau plak.. hehe...

Masjid besi pun best jugak sebenarnya.. aku kagum kat kolam tepi masjid tu.. mmg amat cantik..

Cuma satu je yg aku tak gemar/suka kt masjid putrajaya ni... Bangunan punyalah besar tapi tak penuh pun.. kenapa nk ade 2 masjid yg super besar kat tempat yg sama.. sedangkan masjid yang satu tu dh mencukupi... Aku tak dpt bayangkan kalau masa cuti umum, mesti masjid ni takde org nk dtg.. wallahualam..

Published with Blogger-droid v2.0.6