nuffnang

Monday, June 25, 2012

Ketam cili resepi chef 5rencah5rasa

Bahan-bahan:
Seketul halia
3 biji cili besar
5 biji cili padi
3sudu sos cili
2sudu sos tomato
2sudu sos tiram
Sesudu sos ikan
4 ekor ketam bunga
Air
Garam


Cara masak:

Hiriskan halia, cili besar dan cili padi.Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tersebut.
Setelah naik bau, masukkan 4ekor ketam, air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau rata dan biarkan mendidih.
Masukkan garam secukup rasa.



Di bawah adalah cara sebenar yg saya rakam guna HP ye.. maaf ye kualiti kurang memuaskan :)


Sunday, June 24, 2012

Kurma ayam resepi makcik ani

Setengah ekor ayam
2 biji kentang
1 biji tomato
Santan kelapa 1biji
3 biji bawang kecik
Seulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit k.kayu manis, b.lawang, b.cengkih
Perencah kurma adabi yg kecik
Sesudu minyak masak
Garam

Cara masak:

Panaskan minyak didalam periuk. Tumis bawang kecik, halia dan bawang putih yg dihiris bersama k.kayu manis, b.lawang dan b.cengkih. Biarkan hingga naik bau.

Bancuh rempah kurma dengan air dan kacau hingga sebati. Masukan bancuhan kurma kedalam periuk. Masukkan ayam dan kentang yg dipotong 4. Biarkan hingga ayam kecut(15min) Api hendaklah kecil.

Masukkan santan dan tomato yg dipotong 4 ke dalam periuk, kacau hingga santan sebati biarkan hingga mendidih. Pastikan kentang empuk. Taburkan garam secukup rasa.

Siap!


Friday, June 22, 2012

Mari makan yuk!!!

Dish hari ni adalah kabonara chicken mariland dan nasi goreng usa.. kitaorg makan kat luar ni bukan sebab isteri saya malas masak ye.. tetapi sebab dia tak amik diploma bahagian masakan.. so saya mmg tak salahkan beliau.. saya sayang beliau seadanya.. peace.. :)



Thursday, June 21, 2012

Sorry everyone

Hi All,

I would like to apologize for those that are following my blog for Unix knowledge. There will not be any post for UNIX anymore and I have deleted the old post for security purposes. Thanks for your support and I hope for the best.

regards,
dosh

Saturday, August 15, 2009

Iris Awie (khas buat isteriku tercinta)




Artis : Awie
Lagu : Iris

Kau masih ku cintai ..sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kau lah satu untuk ku
Kau masih Dewi hatiku..sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar sayang usah ragu
Aku milikmu

Chorus *

Cintaku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh..
Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku

Ulang *

Kau masih ku cintai..sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti seyakinya pasti
Engkau milik ku..

Thursday, March 26, 2009

Ninja Blade (xbox 360)




waaahhhh... game yg bleh dianggap paling best yg aku pernah main kat xbox nih.. lagi best dari ninja gaiden... karektor dia boleh guna 3 senjata dan boleh tukar2 dan upgrade.. so far aku dah berjaya me-max kan pedang samurai.. haha.. mmg best.. lepas tu siap ade ninjitsu jugak... ade ninjitsu angin, api dan elektrik.. ninjitsu nih korang bleh dapat lepas abis bunuh stage bos...

dia punya jalan cerita mmg syok gila.. trill abis.. cuba bayangkan siap ninja blade (ken) nih bleh lawan sambil naik motor lagi tu... lepas tu raksaksa2 yg dia bunuh semua mmg besar2 macam haram..

game nih tak kuar lagi kat gamespot xbox360 tapi dah ade kat kedai2 pirate.. haha majulah pirate untuk malaysia..

Yuna - Dan Sebenarnya (EP)



Oh bulan, enggan melayan diriku lagipabila,air mata membasahi pipidan lagu2 di radio seolah2 memerli akupabila,kau bersama yg lainadakah perasaaan benci ini sebenarnya cintayang masih bersemadi untukmudan sebenarnya ku mengharapkandi sebalik senyuman mu itukau juga merindui akuku engganberpura pura ku bahagiaku engganmelihat kau bersama si diaoh ku akui cemburumula menular dalam diripabilakau bersama yang lainadakah perasaaan benci ini sebenarnya cintayang masih bersemadi untukmudan sebenarya ku mengharapkandi sebalik senyuman mu itukau juga merindui akupabila kau merenung matanyaku rebah,jatuh ke bumi..........di saat kau benar-benar mahu pergiseperti ku bernafas dalam airadakah perasaaan benci ini sebenarnya cintayang masih bersemadi untukmudan sebenarnya ku mengharapkandi sebalik senyuman mu itu kau juga merindui akuohdan sebenarnya...aku rindu......dan sebenarnya....dan sebenarnya....aku tak mampu........