nuffnang

Friday, June 29, 2012

Berjumaat di Masjid Putrajaya

Slalu tu solat kat masjid besi putrajaya je, kali ni ubah angin plak mencuba masjid putrajaya yg warna merah tu plak. Agak mengkagumkan bila tgk ade masjid yg sungguh besar kat sini. Cantik dan selesa plak tu... Siap ade aircond lagi. Sempatlah aku snap sikit gambar untuk tatapan umum, kang amik lebih2 kang kena halau plak.. hehe...

Masjid besi pun best jugak sebenarnya.. aku kagum kat kolam tepi masjid tu.. mmg amat cantik..

Cuma satu je yg aku tak gemar/suka kt masjid putrajaya ni... Bangunan punyalah besar tapi tak penuh pun.. kenapa nk ade 2 masjid yg super besar kat tempat yg sama.. sedangkan masjid yang satu tu dh mencukupi... Aku tak dpt bayangkan kalau masa cuti umum, mesti masjid ni takde org nk dtg.. wallahualam..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 28, 2012

Cara mengelak dari menjadi mangsa rogol










Microsoft surface tablet

Baru-baru nih aku ade baca pasal Microsoft Surface Tablet yg menggunakan Windows 8 sebagai platform. tak tau lah kan apa reaksi org ramai bila tablet nih kuar nanti. Berikut adalah spec dia:

source from lowyat.net:
Surface for Windows RT
Processor: ARM-based NVIDIA Tegra
Weight: 676g
Thickness: 9.3mm
Display: 10.6-inch ClearType HD display
Battery: 31.5Wh
I/O: microSD, USB 2.0, Micro HD Video, 2x2 MIMO antennae
Software: Office '15'Apps
Capacity: 32GB / 64GB

Surface for Windows 8 Pro

Processor: Third generation Intel Core processor (Ivy Bridge)
Weight: 903g
Thickness: 13.5mm
Display: 10.6-inch ClearType Full HD (1080p) display
Battery: 42Wh
I/O: microSDXC, USB 3.0, Mini DisplayPort, 2x2 MIMO antennae
Capacity: 64GB / 128GB



Kalau dilihat dari segi luaran memang macam best lah kan sebab ade magnetic keyboard dan ade usb port. Ia boleh menjadi seakan-akan laptop. Oleh kerana ia adalah windows8 ini bermakna kita boleh install semua apps dan game dari microsoft. Untuk pengetahuan korang yg tak tahu, game dan apps PC/Laptop tak boleh dimainkan di platform android/IOS. Sebab tu pengguna sekarang lebih menyukai Laptop daripada tablet pc.

Tapi dimanakan sebenarnya kebenaran? dan adakah betul semua application pc/laptop boleh digunakan di dalam windows8? Setahu aku, windows8 adalah untuk mobile dan ia mempunyai apps yg tersendiri dan bukan diambil dari apps pc/laptop. Di manakah kebenarannya? kita tunggu dan lihat...

Untuk pengetahuan korang, microsoft pernah mencipta tablet, dan tabletnya adalah tablet yg terawal di dunia nih tapi agak menghampakan dan ia tak mendapat sambutan orang ramai.. Mengikut pendapat org ramai, tablet tu tak mendapat sambutan sebab dia gagal untuk menjadikan tablet nih "user friendly" dan semestinya ia menggunakan window xp. Cuba bayangkan tablet yg ade start button. Mmg hampeh la kan.

Jadi, jika jangkaan aku tu betul dan tablet nih boleh guna semua apps dari laptop/pc memang akan top. Tapi kalau ia hanya sebuah tablet yg menggunakan perisian talipon (window8) dan takbleh install apa2 pun macam kat pc/laptop.. jadi ia adalah salah satu failure dari microsoft. Terlalu banyak product android/ipad di pasaran dan ramai pengguna lagi selesa untuk menggunakannya.

Aku lagi suka dgn "Microsoft Surface" yg di war-warkan 4 tahun yang lepas. PC yg bukan lagi PC, ianya diubah menjadi sebuah meja berscreen 42" yg penuh dengan info. Boleh membaca camera/hp/pendrive dgn hanya meletakkan di atas meja tersebut. Memberi info tentang air minuman yg diletakkan diatasnya dan bermacam lagi. Mmg susah aku nak cerita kat sini so sila lah tgk youtube yg aku letak nih.




Ade lagi Microsoft surface 2... mmg mantops..




Kalau kuar je kat malaysia mmg aku beli sebijik!.. cayyok..


Wednesday, June 27, 2012

Domino with aariz

Mari bermain domino.. ni bukan domino pizza ataupun permainan dominoes ye tuan puan..

Ni main susun-susun lepas tu jatuhkan. Aku panggil dominos, tak taulah org lain panggil apa kan..

Kalau korang tak tau gak camne permainan nih, silalah tonton rakaman dibawah ye.. selamat menonton...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, June 26, 2012

Saya perempuan awak lelaki

Sedutan dari post sebelum.. berceritalah sang suami kepada isteri tentang pengalaman beliau di klinik gigi bangsar. Sang isteri sangat kagum dan ingin juga pergi ke situ. Di bawah adalah perbualan mereka:


Isteri: lain kali saya nk pergi klinik gigi bangsar la yang
Suami: ok
Isteri: tapi awak kena tunggu lah sebab sekejap je kan?
Suami: huh kenapa saya kena tunggu plak? Semalam saya mintak awk hantarkan ke klinik gigi awak taknak pun.
Isteri: tu lain
Suami: apa yg lainnya? Sama aje...
Isteri: saya perempuan awak lelaki


Tak aci kan alasan tu? Apapun saya mmg tau itu adalah sifat seorg isteri yg manja dan selalu inginkan perhatian... Apa sajalah untukmu...



Published with Blogger-droid v2.0.6

klinik gigi bangsar

Oh gigiku sakit.. dah seminggu dah ni.. so, plan hari ni jumpa dr.gigi yeah.

Lepas je hantar my boys ke babysitter aku pun trus ke sungai buloh. Mencari klinik gigi. Sang isteri cakap kat situ tak ramai orang. Yg paling best dia xbagi map pun camne nk gi situ. Aku pun dgn machonya carilah kat google map, gps, waze.. semua takde. Hampeh tak? Tapi disebabkan aku ni dgr kata isteri, jadi aku pun pergilah ke sungai buloh tersebut. Drive punya drive terjumpa klinik kesihatan sungai buloh. Tapi tak masuk sebab ramai gila org. Dengan beranggapan itu adelah klinik gigi so aku batalkan hajat nk gi klinik situ.

Destinasi berikut, klinik gigi bangsar. Yeah klinik ni aku pernah gi skali, 4tahun lepas. Masa tu ade ke dr tu kata gigi aku ok, tak payah drill/cabut. Masa tu sakit ya amat.. gigi bongsu ni jgk le. Dia cuma kasi ubat lepas tu suruh aku balik. Hampa ade seronok pun ade.. yelah kan takyah cabut gigi hahahaha... Tapi kali ni dr tu yg cakap, gua cabut gigi lu bleh bro? Eh dr nih.. cakap rempit plak ngan aku. Haha tu imaginasi aku je... Aku pun setuju. Tak lama lepas tu trus enjit ubat kebas then suruh aku tunggu kt luar. Tunggu 5min dia panggil balik. Then kruk krak kruk krak dah tercabut pun sekejap je.. yang paling lama proses mencabut gigi adalah mencari klinik.

Pengajaran hari ni adelah, jgn ikut cakap isteri nanti sesat. Pergi je klinik gigi yg kita tau.


Nih la ghupa gigi aku.. serem tak?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, June 25, 2012

urutoraman giro @ paradigm mall

Yey! Kami sekeluarga dapat bertemu dengan ultraman di paradigm mall. Macam mimpi aje.. untuk pengetahuan korang, aku ni mmg peminat ultraman dari kecik tapi minat tu dah hilang time aku masuk asrama.. yelah kan asrama mana ade tv nk tgk ultraman. Terima kasih kepada anakanda ku ni beliau telah mengembalikan norstalgia ultraman kepada kami sekeluarga. Semua nama ultraman dia hafal dan semua cara fire ultraman dia tahu... Aku agak kagum sebab umur dia baru 3tahun.. time aku 3tahun dulu mana tahu apa2 pun.

Kitaorg paling enjoy time live show dia. Ultraman tu lawan reksasa atas pentas. Mmg real gila woo..

Yang aku perasan, speedy video mmg ade buat aktivity macam ni setiap tahun. Tak silap, tahun lepas kat sg.wang plaza. So tahun depan aku harap ade lagi event macam ni. Kepada peminat urutoraman di luar sana. Mari kita tunggu bersama2.. sila layan sedutan video yg aku dapat amik. Lengoh woo tangan pegang tepon..

ultraman zero lawan belial

"tolong saya aariz" berkata mebius, tetapi aariz buat tak tau je sebab aariz belum boleh bertukar

kami sekeluarga bergambar bersama ultraman mebius dan ray

Published with Blogger-droid v2.0.6

aqeef 10month steps

Syabash ins sahab...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Ketam cili resepi chef 5rencah5rasa

Bahan-bahan:
Seketul halia
3 biji cili besar
5 biji cili padi
3sudu sos cili
2sudu sos tomato
2sudu sos tiram
Sesudu sos ikan
4 ekor ketam bunga
Air
Garam


Cara masak:

Hiriskan halia, cili besar dan cili padi.Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tersebut.
Setelah naik bau, masukkan 4ekor ketam, air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau rata dan biarkan mendidih.
Masukkan garam secukup rasa.



Di bawah adalah cara sebenar yg saya rakam guna HP ye.. maaf ye kualiti kurang memuaskan :)


Sunday, June 24, 2012

Kurma ayam resepi makcik ani

Setengah ekor ayam
2 biji kentang
1 biji tomato
Santan kelapa 1biji
3 biji bawang kecik
Seulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit k.kayu manis, b.lawang, b.cengkih
Perencah kurma adabi yg kecik
Sesudu minyak masak
Garam

Cara masak:

Panaskan minyak didalam periuk. Tumis bawang kecik, halia dan bawang putih yg dihiris bersama k.kayu manis, b.lawang dan b.cengkih. Biarkan hingga naik bau.

Bancuh rempah kurma dengan air dan kacau hingga sebati. Masukan bancuhan kurma kedalam periuk. Masukkan ayam dan kentang yg dipotong 4. Biarkan hingga ayam kecut(15min) Api hendaklah kecil.

Masukkan santan dan tomato yg dipotong 4 ke dalam periuk, kacau hingga santan sebati biarkan hingga mendidih. Pastikan kentang empuk. Taburkan garam secukup rasa.

Siap!


Friday, June 22, 2012

Mari makan yuk!!!

Dish hari ni adalah kabonara chicken mariland dan nasi goreng usa.. kitaorg makan kat luar ni bukan sebab isteri saya malas masak ye.. tetapi sebab dia tak amik diploma bahagian masakan.. so saya mmg tak salahkan beliau.. saya sayang beliau seadanya.. peace.. :)



Thursday, June 21, 2012

Sorry everyone

Hi All,

I would like to apologize for those that are following my blog for Unix knowledge. There will not be any post for UNIX anymore and I have deleted the old post for security purposes. Thanks for your support and I hope for the best.

regards,
dosh