nuffnang

Thursday, August 16, 2012

Malam lailatul kadar

Pagi ni aku dikejutkan oleh panggilan dari rumah mak. Tapi tak sempat nak angkat plak.. hati dah runsing dan risau, ada emergency apa yg call sampai kul 3 pagi. Tak lama lepas tu phone wife pulak bunyi, sok,sek,sok,sek... Rupanya mak suruh kami bangun buat solat hajat. Katanya malam ni malam lailatul kadar. Trus je kitaorg tgk pokok kat luar tu... Hmmm, aku tak nampak plak tanda2 lailatulkadar.. tapi puan nor azilah kata tadi dia nampak macam pokok tu tgh sujud..


Takpelah, aku pun bangun untuk menunaikan solat taubat dan solat hajat. Kalau betul lah malam ni lailatulkadar alhamdulillah, kalau bukan pun aku xrugi.. sebab pada aku allah menerima taubat hambanya bila2 masa. Allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani.


Kali terakhir aku dgr ceramah pasal lailatul kadar ni masa kat sekolah menengah. Tak silap, tanda2 untuk malam tu adalah pokok seakan sujud dan air terasa seperti ais. Pernah sekali dalam bulan ramadhan kat asrama aku ternampak pokok sujud. So malam tu aku pun buatlah solat tahajjud. alhamdulillah lepas je hujan reda pagi tu mmg sungguh indah sekali. Mmg confirmlah malam td lailatulkadar. Petang tu, masa nak balik asrama dr kelas pokok yg aku nampak malam tu still tengah sujud lagi.. Rupanya pokok tu tumbang daa... Nih semua sebab ribut malam tu kot.... hehe...



Apa sebenarnya yg Allah janjikan untuk malam ni? Mengikut ustaz sekolah aku dulu, malam lailatulkadar ni amalan akan dilipat gandakan dan segala permintaan akan dikabulkan. Jadi, marilah kita bersama2 beribadah di bulan yg mulia ini.

Friday, August 10, 2012

Komputer yang paling best dah sampai kat malaysia!

Mesti korang tertanya-tanya kan? apakah komputer yg paling best tu... mungkin pada korang tak best, tapi pada aku, inilah komputer yg aku idamkan selama ini.. aku dah tunggu selama 4 tahun untuk benda nih launch. Dan akhirnya, samsung berjaya membawanya ke reality, cuma yg tak bestnya adalah boleh koyak rabak poket weh.. mahal gilleeerrrrr...

Komputer yang aku maksudkan adalah Samsung SUR40 with Microsoft PixelSense. Haaaaaa... mmg korang tak tau punya apa jenis komputer nih dan Microsoft PixelSense.. slalu dengar microsoft windows xp, windows 7 ataupun windows vista.. kali nih adalah pixelsense... apo ko bondo tu jang? ini adalah komputer yang macam meja tu... alah.. aku ade update dalam post aku yg lama2. huh! tak tau gak? microsoft surface? korang tau? haaa.. nih lah dia microsoft surface untuk samsung SUR40.

Amacam? macam best je kan tv yg bley jadi meja nih kan? so kepada korang2 yg ade duit terlebih2 dan tak tau nak buat apa tu bolehlah beli meja komputer nih.. harga mmg rabak lah.. RM 41,999 ade bran? tv/computer nih pada aku mmg paling best, kalau harganya setakat RM10k maybe aku bley consider untuk beli benda nih...

Kat bawah nih adalah spec dia:
- Integrated computing platform that combines a 40-inch Full HD (1920x1080) LED backlit LCD panel that is protected by a Gorilla Glass together with PC hardware and Microsoft PixelSense technology.
- The Samsung SUR40 is also equipped with Gigabit, Wi-Fi and Bluetooth connectivity as well as HDMI, audio and optical output.

Cer layan youtube kat bawah nih dulu barulah terasa bahangnya:


WCG here I come

Yey, t-shirt free lagi... last sekali aku gi games tournament nih adalah pada 2008 (WGT kat mid valley). Datang untuk amik t-shirt je.. hihi.. sebenarnya aku datang untuk main game tu, yelah kan, manalah tau dapat hadiah pertama rm10k.. siapa mau kasi.. tapi yg tak bestnya aku kena tunggu lama gila untuk main, dari kul 10pagi aku datang sampailah ke petang nama aku tak dipanggil lagi.. fedup trus balik rumah. wakakaka..

Kali nih plak WCG Asia tournament. banyak gak le game yg dia offer (World of Tanks, FIFA12, StarCraft II: Wings of Liberty, Tekken 6, Counter-Strike™ Online dan dota2) Tarikh untuk tag redemption adalah pada 7 September 2012 (Friday), 9.30am. Game yang aku akan main ialah TAKKEN 6 yo!.. lama dah tak main game nih... dah dekat setahun.. Mmg dah lemau lah kan, skill pun banyak yg dah lupa. eh.. ade skill ke masa main tu? slalu aku hentam je.. wakakakaka...


Hope kali nih dapat t-shirt lagi.. kalau dapat bley lah tunjuk kat kawan2.. hahahahhaha..


Kepada gamers kat luar sana tu, silalah register dan MC pada hari itu.. kalau menang nih mmg berbaloi, tak silap aku pemenang akan dapat mewakili malaysia untuk WCG world tournament.. walaweh.. kalau lah dapat nih mmg power gila lah kan.. so korang bleylah register kat link nih http://my.wcg.com/register